Drama Cinta Hati Batu lakonan Ashraf Muslim dan Aishah Azman

Pada 28 Disember siri baru drama Cinta Hati Batu akan bermula di slot Lestary TV3. Bersiaran setiap Rabu dan Khamis 9 malam, drama terbitan Primeworks Studios ini diarahkan oleh Amor Rizan dan adaptasi novel One Day You'll Be Mine karya Inawza Yusof.

Cinta Hati Batu

Para Pelakon

Ashraf Muslim, Aishah Azman, Fadlan Hazim, Indah Emeerlda, Farisha Irwayu, Sasqia Dahuri, Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa, Fazreen Rafi.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13

Sinopsis Cinta Hati Batu

Mengisahkan Anith Fitriah (Fitri) yang berkahwin dengan Dzul Ehsan atas aturan keluarga. Namun perkahwinan mereka langsung tidak mewujudkan perasaan kasih sayang. Fitri masih tidak dapat melupakan kisah cinta silamnya dan terus menyalahkan diri sendiri bila dia menyebabkan kematian tunangnya Nik Afezal dalam satu kemalangan kereta. Ehsan pula tidak mempedulikan orang di sekelilingnya termasuk anaknya Aya.

Tanpa keserasian, mereka membuat keputusan untuk bercerai. Malah hubungan mereka bertambah baik. Fitri juga masih mengambil berat tentang Aya. Tiba-tiba, Fitri dikejutkan dengan kemunculan Nik Afezal yang disangkanya telahpun meninggal dunia. Rupanya semuanya telah dirancang oleh keluarga mereka.

Saksikan drama Cinta Hati Batu pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam di TV3.

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar