Senarai Lagu Ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 32

Pada Februari depan, Ajai dan Syamel masing-masing bakal mempertaruhkan dua lagu ciptaan mereka pada pertandingan berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32.

Dua lagu ciptaan Ajai adalah Separuh Matiku Bercinta dendangan Dayang Nurfaizah dan Akhiri Cinta, nyanyian Salma dengan lirik dihasilkan Slen.

Anugerah Juara Lagu 32

SENARAI LAGU FINALIS ANUGERAH JUARA LAGU 32 (2018)
  1. Caliph Busker - Sejati (Komposer & Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan)
  2. Haqiem Rusli - Tergantung Sepi (Komposer & Lirik: Gouffran & Ibnu)
  3. Hael Husaini - Jampi (Komposer & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong)
  4. Dayang Nurfaizah - Separuh Mati Ku Bercinta (Komposer & Lirik: Ajai)
  5. Altimet - Amboi (Komposer: Navigator/Lirik: Altimet
  6. Syamel - Lebih Sempurna (Komposer & Lirik: Syamel)
  7. Hazama & The Penglipurlara - Aku Yang Sebenar (Komposer: M. Nasir/Lirik: Ad Samad)
  8. Salma Asis - Akhirnya Cinta (Komposer: Ajai/Lirik: Slen)
  9. Wany Hasrita - Menahan Rindu (Komposer & Lirik: Gouffran & Ibnu)
  10. Syamel & Ernie Zakri - Aku Cinta (Komposer & Lirik: Syamel)
  11. Khai Bahar - Bayang (Komposer: Alam/Lirik: Anahoda)
  12. Ara Johari - Warkah Untukmu (Komposer: Hang Nadim/Lirik: Laq)

Karya ciptaan Syamel pula adalah Lebih Sempurna dan lagu duet, Aku Cinta yang dinyanyikan bersama Ernie Zakri.

Mengiringi empat lagu itu adalah Sejati dendangan Azmi & Caliph Buskers yang dicipta Faizal Tahir dan Mike Chan; Jampi (Hael Husaini); Amboi (Altimet/Navigator); Aku Yang Sebenar (Hazama/Datuk M Nasir/Ad Samad) dan Tergantung Sepi (Haqiem Rusli/Gouffran/Ibnu).

Tidak ketinggalan berentap di pentas AJL32 adalah lagu Bayang (Khai Bahar/Alam Harry Khalifah/Patrick Anahoda); Menahan Rindu (Wany Hasrita/Ubnu/Gouffran) dan Warkah Untukku (Ara/Hang Nadim/Laq).

Senarai 12 lagu itu diumumkan sebaik berakhirnya separuh akhir ketiga, Muzik Muzik 32 (SFMM32) di Plaza Alam Sentral di sini, malam tadi.

Sejak tiga minggu lalu, SFMM32 menyaksikan 30 karya dipertandingkan di hadapan juri profesional. Setiap minggu, sebanyak 10 lagu dipersembahkan peserta secara langsung.

Terdahulu, kumpulan 6ixth Sense, Tam Spider dan Bunkface menghiburkan peminat sebelum keputusan diumumkan.

SFMM32 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 menampilkan pasangan Hefny Sahad dan Sherry Al-Hadad sebagai pengacara.

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar