Cerekarama Doa Terlindung lakonan Zamarul Hisyam dan Jue Aziz

Sabtu ini Cerekarama di TV3 membawakan Doa Terlindung, telefilem terbitan Alfanazra Productions Sdn Bhd. Diarahkan oleh Khalid Nadzri dan idea asal Hana Hariz.

Dosa Terlindung

Video DosaTerlindung

Para Pelakon

Zamarul Hisyam, Eira Syazira, Jue Aziz, Naim Daniel, Bella Dowanna, Hairi Safwan.

Sinopsis Doa Terlindung

Beberapa tahun lalu, Zie meninggalkan suami, Khairi dan dua anak, Eisya serta Irfan ketika mereka masih kecil. Dia tidak sanggup menjalani hidup serba kekurangan bersama mereka.

Ketika itu, Zie dilamun cinta dengan Faizal yang menabur janji memberikan kesenangan kepadanya. Zie menjadi isteri Faizal namun rumah tangganya tidak kekal lama. Dia meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai kaki perempuan dan menjadi mangsa pukul Faizal.

Khairi pula kini bergelar usahawan berjaya. Mengetahui perkara itu, Zie nekad mencari Khairi dan anaknya. Dia sanggup menggunakan dua anaknya untuk memenangi kembali hati Khairi.

Tapi kewujudan Hana menjadi penghalang untuk Zie berbaik semula dengan bekas suaminya.

Nanti telefilem Dosa Terlindung ini pada 11 November 2017, Sabtu jam 10 malam di TV3.

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar