Awak Suka Saya Tak lakonan Alvin Chong dan Emma Maembong

Nantikan drama Awak Suka Saya Tak? adaptasi novel nukilan Melur Jelita yang menggantikan Duda Pujaan Dara bermula minggu depan. Lakonan utama Emma Maembong dan Elvin Chong. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan Raja Ahmad Alauddin.

Awak Suka Saya Tak

Para Pelakon

Alvin Chong, Emma Maembong, Sabhi Saddi, Rebecca Nur, Mustapha Kamal, Fieza Jolie, Aman Aziz

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16

Sinopsis Awak Suka Saya Tak

Kisah kasih sayang antara Hilman Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha, seorang gadis Melayu. Hilman telah jatuh cinta dengan Intan sejak pertama kali ketemu lapan tahun yang lalu di sebuah restoran. Hilman, seorang yang baru mengenali Islam berdoa agar dipertemukan dengan Intan lagi. Mereka bertemu kembali dan mula rapat. Hilman cuba melamar Intan tetapi ditolak kerana Intan belum bersedia.

Tiga tahun kemudian, Intan ketemu dengan Hilman ketika mengendalikan kursus di Kuala Terengganu. Mereka kembali rapat dan merancang untuk berkahwin. Namun tragedi berlaku, Hilman kemalangan lalu hilang ingatan. Munculnya Damien yang tidak ingat akan agama. Intan berusaha untuk mengembalikan ingatan Damien kepada agamanya dan mengembalikan cintanya yang hilang.

Saksikan drama Awak Suka Saya Tak? setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria.

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar