Bermula hari ini di Astro Maya HD, drama Syurga Yang Kedua akan memulakan episod pertama. Drama terbitan OrangeTree Production dan diarahkan oleh Zamri Zakaria.

Syurga Yang Kedua

Para Pelakon

Zarul Husin, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Nur Qistina Raisah, Doria Rachel Jolly, Beego , Fazlina Ahmad Daud, Dian P Ramlee, Aziza Kazan, Afifah Nasir, Dato Jalaludin Hassan, Fana Azizan.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

Sinopsis Syurga Yang Kedua

Konflik antara anak menantu dan ibu mertua. Daniel dan Sabrina sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Suatu hari ibu Daniel menyuruh Daniel berpoligami dan berkahwin dengan Doktor yang merawat ibunya iaitu Vivy.

Saksikan drama Syurga Yang Kedua ini setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang di Astro Prima dan Maya HD.

Drama adaptasi dari novel karya Danisyarahmat, Lelaki Itu Pemilik Hatiku akan bersiaran di slot Akasia TV3 pada 31 Oktober ini. Terbitan syarikat A. Aida Production Sdn Bhd menjadi dan arahan pengarah Zul Huzaimy Marzuki.

Lelaki Ini Pemilik Hatiku

Para Pelakon

Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin, Syazuwan Hassan, Dilla Ahmad, Fish Fazil, Ariff Aziz, Jaja Iliyes.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

Sinopsis Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Kisah Luqman Hakimi, anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Kamila.

Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan ibunya.

Luke jatuh hati terhadap Nurin, gadis yang bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea.

Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.

Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.

Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula.

Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya?

Saksikan nanti drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang di TV3.

Drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd, Dekatkan Jarak Kita telah memulakan siarannya semalam. Ditayangkan di slot Samarinda TV3, drama bersiri 15 episod ini diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo) dan diadaptasi dari cerpen karya Syu Ariani.

Dekatkan Jarak Kita


Para Pelakon

Ayda Jebat, Syafiq Kyle, Azhan Rani, Catriona Ross, Wan Sharmila, Nadia Brian, Raja Hakim, Riena Diana, Emma Akma, Rashid Jaafar, Aishah Atan , Ziyan Ibrahim.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15

Lagu Tema/OST

Tajuk: Tergantung Sepi
Penyanyi: Haqiem Rusli

Sinopsis Dekatkan Jarak Kita

Mengisahkan sepasang kembar tidak seiras, Tashriq dan Sofea yang tinggal bersama ibu mereka, Umi Khadijah setelah kematian ayah mereka akibat serangan sakit jantung. Tuan Kamil, sahabat lama keluarga itu muncul dalam kehidupan mereka dengan niat untuk membantu Umi Khadijah dalam menjalani kehidupannya. Tidak lama setelah kemunculannya itu, Umi Khadijah dan Tuan Kamil berkahwin. Walau bagaimanapun, Umi Khadijah tidak mengetahui bahawa Tuan Kamil mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu untuk merampas harta Umi Khadijah kerana Tuan Kamil sebenarnya telah muflis.

Demi mengukuhkan asas agendanya, Tuan Kamil menghasut Tashriq untuk menyebelahinya dan membenci kembarnya Sofiya kerana sebahagian daripada perancangannya adalah untuk menyingkirkan Sofiya. Suatu hari, Tuan Kamil membawa keluarganya berkhemah di sebuah tempat peranginan yang baru dibuka. Namun ketika mereka berkhemah itu, Sofiya didapati hilang dan ini merisaukan Umi Khadijah kerana Sofiya sedang menghidap penyakit leukimia. Masa berlalu, sehingga Umi Khadijah terpaksa akur bahawa anak perempuannya telah hilang dan menganggapnya telah meninggal dunia.

Setelah beberapa hari berlalu semenjak kehilangan Sofea, sepasang suami isteri, En. Kifli dan Pn. Zainab telah menemui Sofea dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran kawasan perkhemahannya. Mereka telah mengambilnya sebagai anak angkat kerana Sofea enggan pulang ke keluarga kandungnya. Tambahan pula, En. Kifli dan Pn. Zainab mampu mengawal leukimia Sofea dengan perubatan kampung dan anak mereka Allysa tidak lagi keseorangan. Sofea dan Allysa semakin akrab, namun menjadi renggang pada tahun akhir universiti mereka kerana kedua-dua Sofea dan Allysa memendam perasaan yang sama terhadap rakan sekelas Sofea, Arif.

Nasib tidak menyebelahi Sofea kerana Arif memilih Allysa dan bakal mendirikan rumah tangga. Kerana terlalu kecawa, Sofea memilih untuk hidup bersendirian dan mengabaikan kesihatannya. Ekoran daripada tindakan Sofea itu, penyakit leukimianya merebak dengan cepat dan mengganggu sistem-sistem yang lain dalam badannya dan akhirnya Sofea meninggal dunia. Sofiya juga telah meninggalkan Alyssa sebuah kotak berisi rambut, kuku dan ujian DNA miliknya dan mengamanahkan Alyssa untuk mencari keluarga kandungnya dan menyamar sebagai Sofiya untuk memperbetulkan keadaan keluarga kandungnya di Kuala Lumpur. Allysa yang berasa bersalah bersetuju dengan cadangan itu, rahsia tersebut hanya di ketahui oleh En. Kifli, Pn. Zainab dan Allysa.

Berjayakah Allysa menegakkan keadilan dalam keluarga Umi Khadijah? Mampukah rahsia Allysa bertahan daripada pengetahuan Tashriq dan Tuan Kamil?

Saksikan drama Dekatkan Jarak Kita pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam di TV3.

Terbaru di Astro Oasis dan Maya Hd, drama Kerna Syurga Bukan Percuma. Merupakan adaptasi novel karya Najmi Fetih. Drama ini terbitan Nuansa Sdn Bhd, arahan pengarah Shuhaimi Zulkefli dan skrip karya Siti Jasmina.

Kerna Syurga Bukan Percuma

Para Pelakon

Fikry Ibrahim, Elfira Loy, Fendy Bakry, Fadzil Zahari, Syatilla Melvin, Dania Azmi, Fahad Iman, Syafnida Shuhaimi, Azzahra Ahmad, Liza Rafar, Haeriyanto Hassan, Fahmy Reza, Ami Haryani, Zul Helmy.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28
**File backup sini

Sinopsis Kerna Syurga Bukan Percuma

Mengisahkan Khairul Rafeeq atau Khai, seorang remaja yang ingin berhijrah ke arah kebaikan. Namun hijrah itu tidaklah semudah yang disangka, pelbagai dugaan yang perlu ditempuhinya.

Perjalanan taubatnya dibantu oleh Abang Surau, nama panggilan yang diberikan kepada pemuda yang ditemuinya di sebuah surau. Sejak pertemuan itu, persahabatan antara mereka menjadi semakin akrab.

Abang Surau mempunyai peribadi yang cukup mulia. Tatkala Khai seakan-akan mahu berputus asa dengan hidayah yang diberikan kepadanya, Abang Surau sentiasa ada untuk menguatkan semangatnya mencari redha Allah.

Video Promo


Jangan ketinggalan menyaksikan drama Kerna Syurga Bukan Percuma pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 9.00 malam di Astro Oasis dan Maya HD.

Telefilem Gadis Kosmos bakal ditayang 9 Disember. Karya 12 Vol.2 membawakan trilogi terakhir untuk telefilem sebelum ini, Kekasih Elektrik dan Aku Mawar Dan Makhluk Asing. Telemovie tersebut diarahkan oleh Razaisyam Rashid, terbitan Lumatic Films dan skrip Nazri M Annuar.

Gadis Kosmos

Video GadisKosmos

Para Pelakon

Mimi Lana, Beto Kusyairi, Anas Ridzuan, Redza Minhat, Siti Saleha, Amerul Affendi, Nini Zalanin dan ramai lagi.

Sinopsis Gadis Kosmos

Sekarang aku ingin bercerita tentang center of universe , seorang wanita , bintang kosmik , yang mengubah hidup manusia di sekelilingnya.

Saksikan telefilem Gadis Kosmos pada 9/12/2017 hari Sabtu jam 9.00 malam di saluran Astro Citra dan Mustika HD.

Jejak Jepun Jihan Musim 3

Rancangan terbaru Jejak Jepun Jihan Musim 3. Mengembara bersama Jihan Muse di negara matahari terbit kini kembali lagi. Nikmati keunikan dan realiti kehidupan masyarakat Jepun selain perkongsian info dan tips untuk mereka yang ingin bercuti ke sana.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

Saksikan Jejak Jepun Jihan Musim 3 setiap hari Isnin jam 9.00 malam di saluran Astro Ria.
 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar